Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

30092023 #BiarJasaJadiKenangan ARTIKEL PILIHAN: TIDAK GENTAR LAWAN KOMUNIS DEMI ANAK BANGSA

Diterbitkan: 30 Sep 2023 8.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Melaka, 30 September 2023 - Menjejak dan bertugas ketika pengganas komunis berleluasa sekitar hujung tahun 80-an dan 90-an menjadi antara pengalaman sukar dilupakan oleh Sarjan Sazali Shaari, 59.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-artikel-pilihan-tidak-gentar-lawan-komunis-demi-anak-bangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:27 MYT
Melaka, 30 September 2023 - Menjejak dan bertugas ketika pengganas komunis berleluasa sekitar hujung tahun 80-an dan 90-an menjadi antara pengalaman sukar dilupakan oleh Sarjan Sazali Shaari, 59.

Berkongsi pengalaman itu, Sarjan Sazali berkata, dia pernah ditugaskan di Unit Bekalan ketika berkhidmat di Kuala Tembeling, Pahang dan diberi tanggungjawab untuk menghantar bekalan makanan kepada anggota tentera dan Pasukan Polis Hutan (kini Pasukan Gerakan Am) di Hulu Tembeling.

Katanya, tugas sebagai penghantar bekalan makanan tidak mudah apabila perlu menelusuri sungai untuk sampai ke destinasi dituju.
“Gerakan dan ancaman komunis masih ada pada awal 90-an. Tugas saya waktu itu untuk menghantar bekalan makanan ke Hulu Tembeling dengan menggunakan bot polis.

“Kebetulan, tersebar berita unit bekalan telah diserang di Kemubu, Kelantan sehingga ada yang cedera dan terbunuh dalam kejadian tersebut. Walaupun saya tidak terlibat secara langsung, sedikit sebanyak insiden itu berkait dengan tugas saya.
“Apa-apa sahaja boleh berlaku kerana komunis ada di mana-mana. Tetapi apabila kita fikirkan masalah anak bangsa, kita tidak ada masa untuk rasa takut sebaliknya semakin bersemangat untuk berjuang demi generasi akan datang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../tidak-gentar-lawan-komunis.../

30092023 #BiarJasaJadiKenangan ARTIKEL PILIHAN: TIDAK GENTAR LAWAN KOMUNIS DEMI ANAK BANGSA
ArtikelDiterbitkan 30 Sep 2023 8.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM