Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Jasamu Sangat Besar Lans Koperal Afizul

Published: 17 Oct 2023 6.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2023 - "Walaupun meredah air pada paras dagu (kira-kira 1.5 meter), saya tidak mengalami sebarang kesukaran, yang penting saya dapat selamatkan mangsa."
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-artikel-pilihan-jasamu-sangat-besar-lans-koperal-afizul
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:13 MYT
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2023 - "Walaupun meredah air pada paras dagu (kira-kira 1.5 meter), saya tidak mengalami sebarang kesukaran, yang penting saya dapat selamatkan mangsa."

Itu kata Lans Koperal Muhammad Afizul Ismail, yang bertindak berani menyelamatkan seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang hampir lemas dalam kejadian banjir kilat, berhampiran Jalan Chan Sow Lin, di sini, 6 Oktober lalu.

Muhammad Afizul berkata, ketika kejadian hujan lebat dan dia dihubungi oleh pusat kawalan lalu lintas memaklumkan terdapat kereta tersangkut.

"Apabila sampai di lokasi kejadian kami tak fikir panjang dan terus cuba mengeluarkan mangsa yang sudah panik dari SUV berkenaan.

"Setelah berjaya mengeluarkan mangsa, saya cuba tenangkan mangsa dan menghubungi waris terdekat," katanya ketika ditemui di Balai Trafik Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, Muhammad Afizul menerima sijil penghargaan daripada Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, atas keberaniannya.

Ahli Parlimen itu turut menggantikan telefon pintar Muhammad Afizul yang rosak akibat dimasuki air ketika kejadian.

Turut hadir, Ketua Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../jasamu-sangat-besar-lans...

Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 17 Oct 2023 6.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM