
Artikel
Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Jasamu Sangat Besar Lans Koperal Afizul
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2023 - "Walaupun meredah air pada paras dagu (kira-kira 1.5 meter), saya tidak mengalami sebarang kesukaran, yang penting saya dapat s...
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2023 - "Walaupun meredah air pada paras dagu (kira-kira 1.5 meter), saya tidak mengalami sebarang kesukaran, yang penting saya dapat selamatkan mangsa."
Muhammad Afizul berkata, ketika kejadian hujan lebat dan dia dihubungi oleh pusat kawalan lalu lintas memaklumkan terdapat kereta tersangkut.
"Apabila sampai di lokasi kejadian kami tak fikir panjang dan terus cuba mengeluarkan mangsa yang sudah panik dari SUV berkenaan.
"Setelah berjaya mengeluarkan mangsa, saya cuba tenangkan mangsa dan menghubungi waris terdekat," katanya ketika ditemui di Balai Trafik Kuala Lumpur di sini hari ini.
Terdahulu, Muhammad Afizul menerima sijil penghargaan daripada Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, atas keberaniannya.
Ahli Parlimen itu turut menggantikan telefon pintar Muhammad Afizul yang rosak akibat dimasuki air ketika kejadian.
Turut hadir, Ketua Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh.
Sumber: Harian Metro