Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Cedera Terjatuh 6 Meter Polis Tetap Kejar Suspek

Published: 09 Oct 2023 12.31 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Klang, 9 Oktober 2023 - Kecederaan akibat terjatuh dari ketinggian enam meter tidak menghalang seorang pegawai polis mengejar dan memberkas seorang suspek di Jalan Sri Sarawak 14, Taman Sri Andalas di sini kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-artikel-pilihan-cedera-terjatuh-6-meter-polis-tetap-kejar-suspek
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:24 MYT
Klang, 9 Oktober 2023 - Kecederaan akibat terjatuh dari ketinggian enam meter tidak menghalang seorang pegawai polis mengejar dan memberkas seorang suspek di Jalan Sri Sarawak 14, Taman Sri Andalas di sini kelmarin.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, Inspektor Mohammad Azrin Yazid yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan itu terjatuh dari tingkat empat ketika mengetuai serbuan di sebuah rumah di sini jam 5.30 petang kelmarin.

Menurutnya, Mohammad Azrin cuba masuk ke dalam rumah terbabit menerusi bumbung berikutan pintu dan pagar premis yang berkunci sebelum terserempak dengan suspek yang cuba melarikan diri.

"Pegawai berkenaan memanjat ke bumbung bahagian hadapan dari tingkat tiga dan mendapati suspek sedang berlari ke bumbung rumah bersebelahan.
"Semasa mengejar suspek, batang paip yang dipegang Mohammad Azrin patah menyebabkan dia terjatuh dari tingkat empat ke tingkat dua pada ketinggian enam meter," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.hmetro.com.my/.../cedera-terjatuh-6-meter...

ArticlePublished 09 Oct 2023 12.31 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM