
Artikel
Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Anggota Polis Parah Dilanggar Suspek Seludup Minyak
Kulim, 16 Julai 2022 - Seorang anggota polis parah selepas dilanggar pemandu pikap yang enggan memberhentikan kenderaannya ketika dikejar di hadapan sebuah res...
Kulim, 16 Julai 2022 - Seorang anggota polis parah selepas dilanggar pemandu pikap yang enggan memberhentikan kenderaannya ketika dikejar di hadapan sebuah restoran berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini hari ini.
Mangsa, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad, 31, yang bertugas di Balai Polis Hi-Tech masih tidak sedarkan diri dan dirawat di zon merah Hospital Kulim, Kedah akibat pendarahan serius di kepala.
Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mengejar Nissan Frontier dipandu seorang lelaki.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, seorang lelaki yang juga saksi kejadian memberitahu dia ternampak dua motosikal URB mengejar sebuah pikap yang datang dari Politeknik Kulim menuju ke Jalan Sungai Ular.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan parah.
"Bagi kesalahan mengubahsuai kenderaan, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../koperal-parah-dilanggar...