Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bessmartstayalert Letsfightscammertogether Posting Pilihan Scam Alert Sindiket Tipu Tawar Beli Barangan Kitar Semula Guna Kaedah Phishing

Published: 23 Jul 2024 1.29 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 23 Julai 2024 - Polis mengesan sindiket penipuan menawarkan pembelian barangan terpakai menggunakan taktik "phishing" yang mengakibatkan kerugian lebih RM243,000.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bessmartstayalert-letsfightscammertogether-posting-pilihan-scam-alert-sindiket-tipu-tawar-beli-barangan-kitar-semula-guna-kaedah-phishing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:31 MYT
Bessmartstayalert Letsfightscammertogether Posting Pilihan Scam Alert Sindiket Tipu Tawar Beli Barangan Kitar Semula Guna Kaedah Phishing
Home / Article / Bessmartstayalert Letsfightscammertogether Posting Pilihan Scam Alert Sindiket Tipu Tawar Beli Barangan Kitar Semula Guna Kaedah Phishing
Back to Library
Article

Bessmartstayalert Letsfightscammertogether Posting Pilihan Scam Alert Sindiket Tipu Tawar Beli Barangan Kitar Semula Guna Kaedah Phishing

Kuala Lumpur, 23 Julai 2024 - Polis mengesan sindiket penipuan menawarkan pembelian barangan terpakai menggunakan taktik "phishing" yang mengakibatkan kerugian...
Kuala Lumpur, 23 Julai 2024 - Polis mengesan sindiket penipuan menawarkan pembelian barangan terpakai menggunakan taktik "phishing" yang mengakibatkan kerugian lebih RM243,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya menerima sembilan laporan penipuan berkaitan tawaran perkhidmatan "Eco Recycling" sejak Mei lalu.

"Melalui iklan itu, pihak syarikat menawarkan pembelian pelbagai barangan terpakai seperti barangan elektrik, gajet, surat khabar, pakaian dan lain-lain.

"Mangsa yang berminat untuk menjual barangan terpakai diminta mendaftar di aplikasi "Home Solution" yang perlu dimuat turun menggunakan pautan yang akan dihantar melalui Whatsapp.

"Selepas mendaftar, mangsa dikehendaki membuat pembayaran deposit RM10 kononnya untuk menempah slot bagi kutipan barangan yang ingin dijual. Mangsa kemudian dibawa ke laman web perbankan palsu yang bertujuan untuk mendapatkan data nama pengguna dan kata laluan mangsa.

"Setelah memasukkan nama pengguna dan kata laluan, laman web tersebut tidak dapat diakses kononnya sedang diselenggara," katanya pada sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../sindiket-tipu-tawar-beli...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM dan Berita Harian Online
ArticlePublished 23 Jul 2024 1.29 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM