Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bessmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Tubuh Syarikat Salur Wang Scam

Published: 24 Jul 2024 6.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima 48 laporan di seluruh negara berhubung kegiatan itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bessmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-tubuh-syarikat-salur-wang-scam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:20 MYT
Kuala Lumpur, 24 Julai 2024 - Tubuh syarikat bagi salur wang hasil penipuan pelaburan dalam talian. Itu taktik digunakan sindiket yang menjalankan skim penipuan pelaburan Pimco membabitkan kerugian lebih RM21 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima 48 laporan di seluruh negara berhubung kegiatan itu.

“Berdasarkan siasatan dilakukan, sindiket ini dipercayai aktif mengiklankan pelaburan melalui Facebook sejak Mac lalu dengan menawarkan perkhidmatan urus niaga saham syarikat Malaysia, Taiwan dan China.

“Pelabur yang berminat akan dihubungi dan dimasukkan ke kumpulan WhatsApp pelaburan terbabit sebelum diminta memuat turun aplikasi T Rowe untuk mendaftar sebagai ahli,'' katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK di Menara KPJ, semalam.

Dato’ Sri Ramli berkata, sebaik pendaftaran selesai, pelabur akan dihubungi sindiket dan diarahkan untuk membuat pembayaran ke beberapa akaun syarikat bagi memulakan pelaburan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 24 Jul 2024 6.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM