
Artikel
Besmartstayalert Update Keratan Akhbar Pilihan Suspek Perdaya Pembeli Ps5 Ditahan Polis
Petaling Jaya, 15 November 2021 – Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalm kes penipuan pembelian “PlayStat...
Petaling Jaya, 15 November 2021 – Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalm kes penipuan pembelian “PlayStation 5” (PS5) membabitkan lebih 200 peminat tegar alat permainan konsol popular itu, kelmarin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Kamarudin Md Din ketika dihubungi Kosmo mengesahkan penahanan suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Saya sahkan, suspek seorang lelaki berusia 23 tahun telah berjaya ditangkap polis semalam (kelmarin) di Pulau Pinang,” katanya di sini semalam.
Sementara itu, difahamkan, lelaki berkenaan ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town kira-kira pukul 12 tengahari semalam.
Suspek direman selama dua hari sehingga hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.