Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Tubuh Syarikat Tetapi Tiada Aktiviti Perniagaan Pengarah Jsjk

Diterbitkan: 24 Oct 2023 3.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2023 - Bukit Aman mengesan banyak sindiket jenayah ‘mencuci’ wang haram menggunakan sistem “layering” atau lapisan transaksi dengan mendaftar syarikat mengikut prosedur ditetapkan, namun sebenarnya tiada langsung aktiviti perniagaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-tubuh-syarikat-tetapi-tiada-aktiviti-perniagaan-pengarah-jsjk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:20 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Tubuh Syarikat Tetapi Tiada Aktiviti Perniagaan Pengarah Jsjk
Laman Utama / Artikel / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Tubuh Syarikat Tetapi Tiada Aktiviti Perniagaan Pengarah Jsjk
Kembali ke Pustaka
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Tubuh Syarikat Tetapi Tiada Aktiviti Perniagaan Pengarah Jsjk

Kuala Lumpur, 24 Oktober 2023 - Bukit Aman mengesan banyak sindiket jenayah ‘mencuci’ wang haram menggunakan sistem “layering” atau lapisan transaksi dengan me...
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2023 - Bukit Aman mengesan banyak sindiket jenayah ‘mencuci’ wang haram menggunakan sistem “layering” atau lapisan transaksi dengan mendaftar syarikat mengikut prosedur ditetapkan, namun sebenarnya tiada langsung aktiviti perniagaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf mendedahkan, sindiket biasanya menubuhkan syarikat yang kononnya bagi menjalankan perniagaan sah, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Tiada perniagaan, tapi aliran wang aktif keluar masuk. Sindiket biasanya menubuhkan syarikat untuk menjalankan perniagaan yang sah, tetapi syarikat itu sekadar untuk mengaburi mata pihak tertentu termasuk penguatkuasa undang-undang.

“Syarikat itu tak ubah seperti ‘muka’ kepada aktiviti pengubahan wang hasil aktiviti haram. Selain derma kepada badan amal dan penyaluran wang menggunakan proksi, banyak sindiket ubah wang haram secara “layering”, iaitu menubuhkan dan mendaftarkan satu syarikat yang sah.

“Syarikat itu sebenarnya untuk ‘cairkan’ wang, biasanya menjalankan perniagaan meragukan. Apabila disemak pihak berkuasa, kita lihat transaksi kewangan begitu banyak, wang keluar masuk tak henti, tapi perniagaan tak serancak aliran wang itu,” katanya kepada Berita Harian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, slow loris and text that says 'Manipulasi derma, proksi, pembiayaan politik Jenayah pengubahan wang haram Tubuh syarikat tetap
ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2023 3.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM