
Article
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Tubuh Syarikat Tetapi Tiada Aktiviti Perniagaan Pengarah Jsjk
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2023 - Bukit Aman mengesan banyak sindiket jenayah ‘mencuci’ wang haram menggunakan sistem “layering” atau lapisan transaksi dengan me...
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2023 - Bukit Aman mengesan banyak sindiket jenayah ‘mencuci’ wang haram menggunakan sistem “layering” atau lapisan transaksi dengan mendaftar syarikat mengikut prosedur ditetapkan, namun sebenarnya tiada langsung aktiviti perniagaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf mendedahkan, sindiket biasanya menubuhkan syarikat yang kononnya bagi menjalankan perniagaan sah, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Tiada perniagaan, tapi aliran wang aktif keluar masuk. Sindiket biasanya menubuhkan syarikat untuk menjalankan perniagaan yang sah, tetapi syarikat itu sekadar untuk mengaburi mata pihak tertentu termasuk penguatkuasa undang-undang.
“Syarikat itu tak ubah seperti ‘muka’ kepada aktiviti pengubahan wang hasil aktiviti haram. Selain derma kepada badan amal dan penyaluran wang menggunakan proksi, banyak sindiket ubah wang haram secara “layering”, iaitu menubuhkan dan mendaftarkan satu syarikat yang sah.
“Syarikat itu sebenarnya untuk ‘cairkan’ wang, biasanya menjalankan perniagaan meragukan. Apabila disemak pihak berkuasa, kita lihat transaksi kewangan begitu banyak, wang keluar masuk tak henti, tapi perniagaan tak serancak aliran wang itu,” katanya kepada Berita Harian.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.