
Article
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Tindakan Tegas Banteras Akaun Keldai
Kuala Lumpur, 5 Julai 2024 – Tindakan tegas terhadap individu membenarkan akaun bank digunakan pihak lain tanpa kuasa dan tujuan sah antara peruntukan dalam pi...
Kuala Lumpur, 5 Julai 2024 – Tindakan tegas terhadap individu membenarkan akaun bank digunakan pihak lain tanpa kuasa dan tujuan sah antara peruntukan dalam pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian berkaitan akaun keldai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pindaan itu dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.
Beliau berkata, pindaan itu juga memberi kuasa kepada pegawai penyiasat menyita akaun bank disyaki terbabit jenayah siber.
“Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pindaan kedua-dua akta ini.
“Cadangan pindaan dijangka dibawa dan dibentangkan dalam sesi Parlimen kali selepas memperoleh pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.