Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Macau Scam Makin Berani

Published: 07 Oct 2024 3.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 Oktober 2024 - Sindiket penipuan Macau scam dilihat semakin berani apabila bersemuka dengan mangsa berbanding berhubung melalui panggilan telefon seperti dilaporkan sebelum ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-macau-scam-makin-berani
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:06 MYT
Kuala Lumpur, 7 Oktober 2024 - Sindiket penipuan Macau scam dilihat semakin berani apabila bersemuka dengan mangsa berbanding berhubung melalui panggilan telefon seperti dilaporkan sebelum ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, taktik terbaharu itu sangat berisiko bagi warga emas khususnya mereka yang tinggal seorang diri.

Katanya, ancaman seperti bunuh. rompak dan samun mungkin dihadapi mangsa yang secara tidak sengaja mendedahkan butiran peribadi kepada scammer.

“Baru-baru ini polis menerima satu kes yang mana scammer bersemuka dengan mangsa warga emas sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM600.000.

“Suspek memberi arahan kepada mangsa menerusi panggilan telefon sebelum bersemuka untuk tujuan penipuan,” katanya kepada Kosmo baru-baru ini.

Ramli memberitahu, pada pertemuan itu, mangsa diminta supaya menyerahkan barangan kemas kepada ahli sindiket scammer yang datang ke rumahnya.

Ramli tidak menolak kemungkinan taktik sama akan digunakan oleh penjenayah selepas ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.


May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 07 Oct 2024 3.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM