
Article
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Sediakan Skrip Untuk Menipu
Melaka, 24 November 2023 - Sengaja cari bala. Itu tindakan berani mati seorang penyelia sindiket penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud yang bertindak terjun d...
Melaka, 24 November 2023 - Sengaja cari bala. Itu tindakan berani mati seorang penyelia sindiket penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud yang bertindak terjun dari tingkat atas banglo dua tingkat bagi mengelak diberkas polis.
Dalam kejadian tengah malam kelmarin, suspek berusia 35 tahun mengalami patah kaki dan berjaya diberkas polis yang menyerbu markas sindiket terletak di Ayer Keroh di sini.
Serbuan jam 12.23 tengah malam itu dijalankan sepasukan empat pegawai dan 14 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka dengan kerjasama JSJK Bukit Aman.
Hasil maklumat dan risikan mendapati sindiket antarabangsa berkenaan disyaki aktif sejak September lalu.
Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah berkata, 17 individu ditahan membabitkan 14 warga tempatan iaitu 13 lelaki dan seorang wanita serta tiga warga China yang juga serpihan ahli sindiket penipuan dalam talian ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia di Pulau Langkawi, Januari lalu.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.