Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Waspada Iklan Minta Sewa Akaun Bank

Published: 04 Oct 2023 1.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2023 - Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada terhadap taktik licik sindiket penipuan yang secara terbuka memuat naik iklan menyewa akaun bank untuk kegiatan jenayah mereka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-waspada-iklan-minta-sewa-akaun-bank
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:31 MYT
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2023 - Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada terhadap taktik licik sindiket penipuan yang secara terbuka memuat naik iklan menyewa akaun bank untuk kegiatan jenayah mereka.

Ini kerana golongan muda atau individu terdesak dikatakan sering terjerat dengan cara mudah mendapatkan wang tanpa menyedari mereka menjadi keldai akaun dan terbabit secara tidak langsung dengan aktiviti penipuan kewangan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ramai individu yang menjadi mangsa kerana tidak berfikir panjang mengenai tindakan yang diambil.

“Banyak yang menjadi mangsa kerana gagal berfikir akibat perbuatan mereka itu.

“Sebagai contoh, akaun bank adalah sesuatu yang sangat peribadi dan tidak seharusnya dipinjamkan kepada sesiapa untuk apa tujuan sekali pun,” katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 04 Oct 2023 1.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM