Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Usia Muda Tapi Mudah Tertipu

Published: 27 Apr 2024 7.07 AM Updated: 15 Aug 2026 8.17 PM
Kuala Lumpur, 27 April 2024 - Golongan muda sering dianggap lebih 'celik teknologi' sekali gus sukar dijerat "scammer" atau pelbagai janji manis sindiket penipuan atas talian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-usia-muda-tapi-mudah-tertipu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:21 MYT
Kuala Lumpur, 27 April 2024 - Golongan muda sering dianggap lebih 'celik teknologi' sekali gus sukar dijerat "scammer" atau pelbagai janji manis sindiket penipuan atas talian.

Namun hakikatnya berbeza apabila golongan muda mendominasi 'carta mangsa scammer' tertinggi berbanding mangsa dalam kalangan warga emas.
Golongan terbabit yang berusia antara 21 hingga 40 tahun merekodkan jumlah tertinggi mangsa penipuan membabitkan seramai 19,624 orang.

Angka itu jauh lebih tinggi berbanding kategori umur warga emas berusia 56 hingga lebih 61 tahun yang merekodkan angka 6,721 kes penipuan.
Statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan jelas menunjukkan golongan muda menjadi 'lubuk emas' kepada rangkaian sindiket penipuan berkenaan walaupun golongan itu sinonim dengan penggunaan teknologi.

Berdasarkan statistik rasmi PDRM, jenayah e-Dagang merekodkan jumlah tertinggi bagi kategori umur berkenaan dengan merekodkan 7,445 kes keseluruhannya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 27 Apr 2024 7.07 AMUpdated 15 Aug 2026 8.17 PM