Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Syarikat Juga Jadi Mangsa Scammer E Mel Digodam

Published: 04 Oct 2023 4.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 4 Oktober 2023 - Sindiket penipuan kini aktif memperdaya entiti perniagaan di negara ini dengan menggodam e-mel syarikat bagi mengaut keuntungan jutaan ringgit.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-syarikat-juga-jadi-mangsa-scammer-e-mel-digodam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:17 MYT
Petaling Jaya, 4 Oktober 2023 - Sindiket penipuan kini aktif memperdaya entiti perniagaan di negara ini dengan menggodam e-mel syarikat bagi mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Dari tahun 2021 hingga Ogos lalu, sebanyak 132 kes membabitkan entiti perniagaan atau Business E-Commerce (BEC) dengan kerugian bernilai RM124.5 juta dicatatkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jika sebelum ini “scammer'' memperdaya individu, namun kini sindiket berkenaan aktif menyasarkan entiti perniagaan.

Beliau berkata, modus operandi sindiket penipuan dengan mencipta e-mel yang seakan-akan sama dengan “vendor” kepada syarikat berbentuk “phishing” bagi mengelirukan mangsa.

Katanya, “scammer” kemudiannya akan menghantar e-mel bagi meminta pihak syarikat membuat pembayaran atau pembelian ke akaun bukan milik vendor.

“Dalam tempoh tiga tahun ini, sebanyak 132 kes dengan kerugian RM124.5 juta dicatatkan berkaitan kes penipuan membabitkan entiti perniagaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia. 

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 04 Oct 2023 4.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM