Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Syarikat Juga Jadi Mangsa Scammer E Mel Digodam

Diterbitkan: 04 Oct 2023 4.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 4 Oktober 2023 - Sindiket penipuan kini aktif memperdaya entiti perniagaan di negara ini dengan menggodam e-mel syarikat bagi mengaut keuntungan jutaan ringgit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-syarikat-juga-jadi-mangsa-scammer-e-mel-digodam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:18 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Syarikat Juga Jadi Mangsa Scammer E Mel Digodam
Laman Utama / Artikel / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Syarikat Juga Jadi Mangsa Scammer E Mel Digodam
Kembali ke Pustaka
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Syarikat Juga Jadi Mangsa Scammer E Mel Digodam

Petaling Jaya, 4 Oktober 2023 - Sindiket penipuan kini aktif memperdaya entiti perniagaan di negara ini dengan menggodam e-mel syarikat bagi mengaut keuntungan...
Petaling Jaya, 4 Oktober 2023 - Sindiket penipuan kini aktif memperdaya entiti perniagaan di negara ini dengan menggodam e-mel syarikat bagi mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Dari tahun 2021 hingga Ogos lalu, sebanyak 132 kes membabitkan entiti perniagaan atau Business E-Commerce (BEC) dengan kerugian bernilai RM124.5 juta dicatatkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jika sebelum ini “scammer'' memperdaya individu, namun kini sindiket berkenaan aktif menyasarkan entiti perniagaan.

Beliau berkata, modus operandi sindiket penipuan dengan mencipta e-mel yang seakan-akan sama dengan “vendor” kepada syarikat berbentuk “phishing” bagi mengelirukan mangsa.

Katanya, “scammer” kemudiannya akan menghantar e-mel bagi meminta pihak syarikat membuat pembayaran atau pembelian ke akaun bukan milik vendor.

“Dalam tempoh tiga tahun ini, sebanyak 132 kes dengan kerugian RM124.5 juta dicatatkan berkaitan kes penipuan membabitkan entiti perniagaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 04 Oct 2023 4.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM