Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Scammer Bantuan Rahmah Sindiket Godam Aplikasi Telegram Perdaya Mangsa

Diterbitkan: 05 Oct 2023 2.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 5 Oktober 2023 - "Scammer" datang lagi dan kali ini, taktiknya cukup mudah iaitu menggodam aplikasi Telegram sebelum mengirim mesej ‘Bantuan Rakyat-Sumbangan Asas Rahmah’ kepada orang ramai dan kenalan akaun pengguna yang digodam itu secara rawak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-scammer-bantuan-rahmah-sindiket-godam-aplikasi-telegram-perdaya-mangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Scammer Bantuan Rahmah Sindiket Godam Aplikasi Telegram Perdaya Mangsa
Laman Utama / Artikel / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Scammer Bantuan Rahmah Sindiket Godam Aplikasi Telegram Perdaya Mangsa
Kembali ke Pustaka
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Scammer Bantuan Rahmah Sindiket Godam Aplikasi Telegram Perdaya Mangsa

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2023 - "Scammer" datang lagi dan kali ini, taktiknya cukup mudah iaitu menggodam aplikasi Telegram sebelum mengirim mesej ‘Bantuan Raky...
Kuala Lumpur, 5 Oktober 2023 - "Scammer" datang lagi dan kali ini, taktiknya cukup mudah iaitu menggodam aplikasi Telegram sebelum mengirim mesej ‘Bantuan Rakyat-Sumbangan Asas Rahmah’ kepada orang ramai dan kenalan akaun pengguna yang digodam itu secara rawak.

Hasilnya, polis sudah menerima 22 laporan polis berkaitan Bantuan Rakyat-Sumbangan Asas Rahmah membabitkan kerugian RM1,259.41.

Itu taktik terkini sindiket penipuan yang cuba memperdayakan mangsa dengan menghantar pautan bantuan sumbangan Rahmah kononnya daripada kerajaan untuk diisi sebelum wang simpanan yang ada di dalam bank mangsa ‘disedut’.

Mangsa yang teruja, terutama dalam kalangan B40, menyangka layak menerima bantuan sedangkan tanpa sedar, mereka mengikut arahan sindiket sebelum akhirnya terpedaya dengan wang simpanan pula lesap.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM,CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada 22 laporan polis yang diterima, 21 kes membabitkan akaun digodam dan satu kes membabitkan mangsa terpedaya sebelum kerugian apabila wang simpanan di bank lesap.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihati supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan mesej berkaitan pakej bantuan kerajaan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Kuala Lumpur cammer datang cukup mudah aplikasi Oleh Muhaamad mhafis@mediapri Hafis Scammer 'bantuan r
ArtikelDiterbitkan 05 Oct 2023 2.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM