Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Sc Dedah 3 Trend Baharu Penipuan Pelaburan Di Platform Media Sosial

Published: 14 Apr 2024 6.56 AM Updated: 15 Aug 2026 8.19 PM
Kuala Lumpur, 14 April 2024 - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendedahkan tiga trend baharu penipuan pelaburan menggunakan platform media sosial.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-sc-dedah-3-trend-baharu-penipuan-pelaburan-di-platform-media-sosial
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:09 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Sc Dedah 3 Trend Baharu Penipuan Pelaburan Di Platform Media Sosial
Home / Article / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Sc Dedah 3 Trend Baharu Penipuan Pelaburan Di Platform Media Sosial
Back to Library
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Sc Dedah 3 Trend Baharu Penipuan Pelaburan Di Platform Media Sosial

Kuala Lumpur, 14 April 2024 - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendedahkan tiga trend baharu penipuan pelaburan menggunakan platform media sosial.
Kuala Lumpur, 14 April 2024 - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendedahkan tiga trend baharu penipuan pelaburan menggunakan platform media sosial.

Menurut SC, tiga trend berkenaan adalah skim penipuan pelaburan membabitkan mata wang kripto, penipuan pelaburan yang menyamar sebagai penyedia peluang pekerjaan selain penipuan melalui aplikasi temu janji.

Dalam Laporan Tahunan SC 2023, pengawal selia pasaran modal itu berkata, pihaknya sentiasa memantau dan mengambil maklum trend baharu yang muncul dan modus operandi (MO) penipuan dalam talian untuk memastikan intervensi yang wajar dan tepat pada masanya diambil terhadap penipuan pelaburan.

Tahun lalu, Polis Diraja Malaysia menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) menyiasat purata 15 kes pelaburan tidak wujud setiap hari.

Pengarah JSJK, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata, pihaknya menerima 4,435 kertas siasatan kes pelaburan tidak wujud babitkan kerugian RM364,537,421.

Daripada 4,435 kes pelaburan tidak wujud itu, sebanyak 4,051 kes adalah berkenaan pelaburan secara dalam talian, manakala 384 kes lagi pelaburan secara bersemuka.

Ada antara kes pelaburan tidak wujud menawarkan keuntungan setinggi 51 kali ganda dalam tempoh tiga hingga enam jam selepas pelaburan dibuat.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
 
ArticlePublished 14 Apr 2024 6.56 AMUpdated 15 Aug 2026 8.19 PM