Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Rugi Rm900k Terpedaya Iklan Pelaburan

Published: 15 Sep 2023 6.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 September 2023 - Niat seorang pesara untuk melabur selepas tertarik dengan iklan pelaburan di sebuah laman sesawang bertukar episod malang selepas kerugian RM931,100 selepas ditipu sindiket penipuan terbabit.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-rugi-rm900k-terpedaya-iklan-pelaburan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:23 MYT
Kuala Lumpur, 15 September 2023 - Niat seorang pesara untuk melabur selepas tertarik dengan iklan pelaburan di sebuah laman sesawang bertukar episod malang selepas kerugian RM931,100 selepas ditipu sindiket penipuan terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki warga emas berusia 60-an itu melihat iklan pelaburan terbabit pada 20 Mac lalu.

Katanya, mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki yang menjelaskan pakej pelaburan ditawarkan dengan menjanjikan keuntungan lumayan berdasarkan lot yang ditawarkan dan dibeli.

“Tertarik dengan keuntungan dijanjikan antara tarikh 28 Mac dan 6 September lalu, mangsa membuat pembayaran RM931,100 ke 15 akaun bank atas arahan suspek.
“Mangsa merujuk kepada aplikasi pelaburan itu, mangsa dikatakan memperoleh untung berserta modal RM3.8 Juta,” katanya.

Katanya, mangsa tidak dapat mengeluarkan wang keuntungan itu, sebaliknya akaunnya disekat serta dipadamkan malah lelaki yang menawarkan pakej itu juga gagal dihubungi.

Sumber: Harian Metro

 
 
ArticlePublished 15 Sep 2023 6.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM