Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Pinda Akta Kawal Selia Ai Elak Data Peribadi Dijual Dan Disalah Guna

Published: 21 Apr 2024 3.50 AM Updated: 15 Aug 2026 8.18 PM
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-pinda-akta-kawal-selia-ai-elak-data-peribadi-dijual-dan-disalah-guna
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:27 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Pinda Akta Kawal Selia Ai Elak Data Peribadi Dijual Dan Disalah Guna
Home / Article / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Pinda Akta Kawal Selia Ai Elak Data Peribadi Dijual Dan Disalah Guna
Back to Library
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Pinda Akta Kawal Selia Ai Elak Data Peribadi Dijual Dan Disalah Guna

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
Kuala Lumpur, 21 April 2024 - Undang-undang baharu perlu digubal dalam mengekang tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mengambil kesempatan kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melakukan jenayah siber serta penipuan dalam talian temasuk melalui kaedah “deepfake” bagi menjerat mangsa apabila teknologi itu mampu meniru suara, gaya dan rupa milik individu sebenar.

Ahli Suruhanjaya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tuan Derek Fernandez berkata, kawalan dan undang-undang itu perlu bagi mengekang tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mungkin mahu mengambil kesempatan.
Katanya, ia selari dengan usaha meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang kini pada peringkat akhir bagi memberi kuasa kepada kerajaan memantau platform penstriman ‘Over the Top'' (OTT), media sosial seperti Facebook, X, TikTok dan lain-lain supaya bertanggungjawab melindungi data peribadi pengguna.

Bulan lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf dilapor berkata, AI memberi impak besar dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam perbuatan jenayah.
Polis Diraja Malaysia mengesan kerancakan trend “deepfake” atau imej palsu digunakan dalam kalangan penjenayah maya bagi melakukan aktiviti penipuan melalui video atau gambar yang dijana kelihatan seolah-olah asli bagi memperdaya mangsa dengan menyebarkan maklumat palsu atau melakukan penipuan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

 
ArticlePublished 21 Apr 2024 3.50 AMUpdated 15 Aug 2026 8.18 PM