Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Penjenayah Tipu Mangsa Guna Teknologi Ai

Published: 16 Sep 2023 3.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sesuatu yang amat menakutkan apabila kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (Al) boleh dimanipulasikan pihak tertentu untuk melakukan kegiatan jenayah penipuan dalam talian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-penjenayah-tipu-mangsa-guna-teknologi-ai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:12 MYT
Sesuatu yang amat menakutkan apabila kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (Al) boleh dimanipulasikan pihak tertentu untuk melakukan kegiatan jenayah penipuan dalam talian.

Perkembangan tersebut dilihat memberi cabaran besar terhadap pihak berkuasa di negara ini bagi mendepani cabaran jenayah yang semakin kompleks.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jenayah siber pastinya akan lebih meluas apabila teknologi Al dimanipulasikan penjenayah.

“Bukan sahaja jenayah jalanan yang perlu diambil berat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah taktik penipuan oleh sindiket termasuk jenayah dalam talian seperti "phone scam" atau "Macau Scam" juga semakin berleluasa.

“Bayangkan, penipuan bukan sahaja dibuat secara perisian teks, tetapi suara, wajah dan suasana sekeliling boleh ditiru atau dipergunakan seolah-olah ia daripada pemilik sebenar.

“Ini sangat menakutkan kerana boleh memberi kesan kepada industri perbankan yang berdepan kemungkinan tahap keselamatan terutama pengeluaran tanpa pengesahan," katanya eksklusif kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Ikuti kupusan lanjut temubual eksklusif bersama Pengarah JSJK, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkenaan modus operandi sindiket penipuan menggunakan teknologi AI dan keldai akaun dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, book and text
ArticlePublished 16 Sep 2023 3.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM