Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Pelajar Mudah Diperdaya Tawaran Wang Ringgit Tanpa Mengetahui Risiko Ditan

Published: 15 Aug 2024 1.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, golongan terbabit berisiko terdedah menjadi keldai akaun kerana mereka mudah terpedaya dan terpengaruh dengan wang ringgit, selain pelajar IPT biasanya memiliki tiga hingga empat akaun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-pelajar-mudah-diperdaya-tawaran-wang-ringgit-tanpa-mengetahui-risiko-ditan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:55 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Pelajar Mudah Diperdaya Tawaran Wang Ringgit Tanpa Mengetahui Risiko Ditan
Home / Article / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Pelajar Mudah Diperdaya Tawaran Wang Ringgit Tanpa Mengetahui Risiko Ditan
Back to Library
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Pelajar Mudah Diperdaya Tawaran Wang Ringgit Tanpa Mengetahui Risiko Ditan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, golongan terbabit berisiko terdedah menjadi keldai akaun kerana mereka m...
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia mengenal pasti lebih 208,000 akaun keldai yang digunakan untuk tujuan penipuan dalam talian dengan sebahagiannya adalah milik penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, golongan terbabit berisiko terdedah menjadi keldai akaun kerana mereka mudah terpedaya dan terpengaruh dengan wang ringgit, selain pelajar IPT biasanya memiliki tiga hingga empat akaun.

“Sehubungan itu, kita meminta supaya pelajar jangan mengambil mudah, akaun bank ini bukan macam kad pengenalan...ia bukan boleh dipindah-pindah atau dipinjamkan kepada orang.

“Saya bagi contoh, rakan mahu pinjam akaun bank sekejap kononnya untuk buat bayaran sewa rumah sebab akaun saya tidak boleh pakai atau pelbagai alasan digunakan.

“Justeru, pelajar perlu ada perasaan curiga dan cuak yang akaun boleh digunakan untuk penipuan.

“Pelajar ini adalah golongan rentan dan mudah terpedaya apabila diumpan bayaran RM100, RM500 dan RM1,000 untuk pinjam akaun mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Berita NSTP, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar Berita Harian di lampiran

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 15 Aug 2024 1.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM