Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: PELAJAR MUDAH DIPERDAYA TAWARAN WANG RINGGIT TANPA MENGETAHUI RISIKO DITANGGUNG

Diterbitkan: 15 Aug 2024 1.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, golongan terbabit berisiko terdedah menjadi keldai akaun kerana mereka mudah terpedaya dan terpengaruh dengan wang ringgit, selain pelajar IPT biasanya memiliki tiga hingga empat akaun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-pelajar-mudah-diperdaya-tawaran-wang-ringgit-tanpa-mengetahui-risiko-ditan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:16 MYT
#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: PELAJAR MUDAH DIPERDAYA TAWARAN WANG RINGGIT TANPA MENGETAHUI RISIKO DITANGGUNG
Laman Utama / Artikel / #BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: PELAJAR MUDAH DIPERDAYA TAWARAN WANG RINGGIT TANPA MENGETAHUI RISIKO DITANGGUNG
Kembali ke Pustaka
Artikel

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: PELAJAR MUDAH DIPERDAYA TAWARAN WANG RINGGIT TANPA MENGETAHUI RISIKO DITANGGUNG

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, golongan terbabit berisiko terdedah menjadi keldai akaun kerana mereka m...
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia mengenal pasti lebih 208,000 akaun keldai yang digunakan untuk tujuan penipuan dalam talian dengan sebahagiannya adalah milik penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, golongan terbabit berisiko terdedah menjadi keldai akaun kerana mereka mudah terpedaya dan terpengaruh dengan wang ringgit, selain pelajar IPT biasanya memiliki tiga hingga empat akaun.

“Sehubungan itu, kita meminta supaya pelajar jangan mengambil mudah, akaun bank ini bukan macam kad pengenalan...ia bukan boleh dipindah-pindah atau dipinjamkan kepada orang.

“Saya bagi contoh, rakan mahu pinjam akaun bank sekejap kononnya untuk buat bayaran sewa rumah sebab akaun saya tidak boleh pakai atau pelbagai alasan digunakan.

“Justeru, pelajar perlu ada perasaan curiga dan cuak yang akaun boleh digunakan untuk penipuan.

“Pelajar ini adalah golongan rentan dan mudah terpedaya apabila diumpan bayaran RM100, RM500 dan RM1,000 untuk pinjam akaun mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Berita NSTP, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar Berita Harian di lampiran

May be an image of 4 people and text
ArtikelDiterbitkan 15 Aug 2024 1.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM