Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert 1 364 Keldai Akaun Ditangkap Di Selangor

Published: 04 Jul 2022 7.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Selangor, 4 Julai 2022 - Seramai 1,364 keldai akaun diberkas selepas terbabit dalam sindiket penipuan di Selangor sepanjang enam bulan pertama tahun ini, malah, majoritinya didapati menyedari tindakan tersebut menyalahi undang-undang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-1-364-keldai-akaun-ditangkap-di-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:06 MYT
Kuala Selangor, 4 Julai 2022 - Seramai 1,364 keldai akaun diberkas selepas terbabit dalam sindiket penipuan di Selangor sepanjang enam bulan pertama tahun ini, malah, majoritinya didapati menyedari tindakan tersebut menyalahi undang-undang.

Statistik polis menunjukkan kesemua suspek terdiri daripada 928 lelaki dan 436 wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata, sebanyak 60 peratus daripada suspek sudah didakwa di mahkamah atas kesalahan terutama membenarkan akaun bank digunakan bagi aktiviti jenayah.

"Kesemua individu itu ditahan kerana dengan pengetahuan membenarkan akaun bank dan kata laluan mereka digunakan untuk jenayah penipuan wang terhadap orang lain.

"Mereka antaranya mungkin terpengaruh dengan imbuhan ditawarkan antara RM100 hingga RM600 untuk setiap kali sewaan akaun," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Online.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 04 Jul 2022 7.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM