Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Rm5 Juta Kerugian Babit Skim Mesin Air Layan Diri

Published: 27 Jun 2024 8.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sebanyak 57 laporan polis dibuat berhubung kes penipuan skim pelaburan mesin minuman layan diri membabitkan kerugian lebih RM5 juta, sejak tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-rm5-juta-kerugian-babit-skim-mesin-air-layan-diri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:33 MYT
Kuala Lumpur, 25 Jun 2024 – Sebanyak 57 laporan polis dibuat berhubung kes penipuan skim pelaburan mesin minuman layan diri membabitkan kerugian lebih RM5 juta, sejak tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata,mana-mana individu yang menjadi mangsa penipuan skim itu digesa supaya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan mencari maklumat secukupnya sebelum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana skim pelaburan.

“Dapatkan pandangan dan nasihat agensi berkaitan dengan pelaburan seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sebelum melabur,” katanya, semalam.

Selain itu beliau berkata, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan mengenai jenayah penipuan.

“Jangan membuat pelaburan secara membuta tuli. Ingatlah, tamak haloba dan kejahilan adalah menjurus kepada kerugian,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an illustration of 1 person and text
ArticlePublished 27 Jun 2024 8.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM