Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Pesara Bukan Sasaran Utama

Published: 24 Sep 2024 12.15 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-pesara-bukan-sasaran-utama
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:11 MYT
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PESARA BUKAN SASARAN UTAMA

Kuala Lumpur, 24 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan hampir RM50 juta kerugian dialami pesara yang diperdaya sindiket 'phone scam' (penipuan dalam telefon) sepanjang 2023 sehingga Ogos lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bagi tempoh itu, secara keseluruhan 4,713 kes direkodkan.
Beliau berkata, ia membabitkan 3,027 kes sepanjang tahun lalu dan 1,686 kes bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

“Jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan 405 mangsa dalam kalangan pesara direkodkan bagi tempoh sama, peratusan mangsa dicatatkan hanya 8.6 peratus daripada mangsa sindiket.

“Peratusan ini memberikan gambaran pesara bukan sasaran utama sindiket penipuan 'phone scam'. Hasil siasatan mendedahkan, sasaran sindiket 'phone scam' adalah secara rawak tanpa menyasarkan mana-mana golongan.

“Tidak wujud isu bagaimana 'scammer' mendapat maklumat individu yang bersara kerana mereka menghubungi sesiapa saja bagi tujuan menipu,” katanya, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArticlePublished 24 Sep 2024 12.15 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM