Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Penipu Licik Ditahan Polis

Diterbitkan: 04 Oct 2024 3.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Menurutnya, lelaki itu ditahan bersabit siasatan kes penipuan untuk mendapatkan pengesahan lesen juruterbang tidak wujud yang dilaporkan oleh seorang pengadu di Ipoh, Perak, membabitkan kerugian RM2O,4OO.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-penipu-licik-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:42 MYT
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENIPU LICIK DITAHAN POLIS

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2024 - Tidak ubah seperti watak kisah benar dilakonkan Leonardo DiCaprio dalam filem “Catch Me If You Can'' yang licik menyamar sebagai juruterbang, doktor dan peguam.

Penipuan itu ternyata benar-benar wujud apabila ditiru oleh seorang penjenayah tempatan yang dikesan menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya, juruterbang Airbus, jurutera Petronas, jurulatih sukan ragbi dan pelbagai kerjaya tidak wujud.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek berusia 44 tahun ditahan jam 11.45 malam Selasa lalu di sekitar Ampang, Selangor.
Menurutnya, lelaki itu ditahan bersabit siasatan kes penipuan untuk mendapatkan pengesahan lesen juruterbang tidak wujud yang dilaporkan oleh seorang pengadu di Ipoh, Perak, membabitkan kerugian RM2O,4OO.

“Hasil semakan rekod ke atas suspek mendapati dia terbabit dalam beberapa kes lain seperti penipuan urusan jual beli barangan elektrik, tipu urusan jual beli traktor dan tipu urusan pembekalan barangan helikopter,” katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut di dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArtikelDiterbitkan 04 Oct 2024 3.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM