
Article
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Penipu Licik Ditahan Polis
Menurutnya, lelaki itu ditahan bersabit siasatan kes penipuan untuk mendapatkan pengesahan lesen juruterbang tidak wujud yang dilaporkan oleh seorang pengadu d...
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENIPU LICIK DITAHAN POLIS
Penipuan itu ternyata benar-benar wujud apabila ditiru oleh seorang penjenayah tempatan yang dikesan menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya, juruterbang Airbus, jurutera Petronas, jurulatih sukan ragbi dan pelbagai kerjaya tidak wujud.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek berusia 44 tahun ditahan jam 11.45 malam Selasa lalu di sekitar Ampang, Selangor.
Menurutnya, lelaki itu ditahan bersabit siasatan kes penipuan untuk mendapatkan pengesahan lesen juruterbang tidak wujud yang dilaporkan oleh seorang pengadu di Ipoh, Perak, membabitkan kerugian RM2O,4OO.
“Hasil semakan rekod ke atas suspek mendapati dia terbabit dalam beberapa kes lain seperti penipuan urusan jual beli barangan elektrik, tipu urusan jual beli traktor dan tipu urusan pembekalan barangan helikopter,” katanya kepada Harian Metro.
Bacaan lanjut di dalam akhbar terbitan Harian Metro.