Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan My Digital Mampu Kekang Penipuan Dalam Talian

Diterbitkan: 11 Jun 2026 8.35 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.52 PM
Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 - Sistem MyDigital ID berpotensi menjadi mekanisme penting dalam membendung jenayah penipuan menerusi ciri keselamatan tinggi yang sukar dipalsukan serta mampu memperkukuh proses pengesahan identiti pengguna.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-my-digital-mampu-kekang-penipuan-dalam-talian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:17 MYT

Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 - Sistem MyDigital ID berpotensi menjadi mekanisme penting dalam membendung jenayah penipuan menerusi ciri keselamatan tinggi yang sukar dipalsukan serta mampu memperkukuh proses pengesahan identiti pengguna.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sudah mengadakan dua sesi libat urus dengan MyDigital ID dan yakin penggunaan platform itu secara menyeluruh, mampu menghalang kegiatan penipuan daripada berlaku.

"Kita percaya apabila menggunakan MyDigital ID sepenuhnya, ia akan menjadi antara (mekanisme) yang boleh menghalang penipuan dalam talian," katanya pada sidang media selepas Acara Penghargaan Wira Bank #JanganKenaScam 2026 di Taman Tun Dr Ismail di sini, semalam.

Mengulas kebimbangan mengenai kebocoran maklumat pelanggan, Dato’ Rusdi berkata, MyDigital ID dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang diyakini mampu mengurangkan risiko pemalsuan identiti.

"Kalau kita tengok dalam MyDigital ID itu, banyak punya ciri-ciri keselamatan dan kita percaya ciri-ciri keselamatan yang ada ini sukar ditiru, maknanya boleh mencegah daripada penipuan.

"Kita dah ada keterlibatan dan cuma sekarang ini yang diusahakan supaya dalam urusan yang digunakan di mana-mana bank itu menggunakan MyDigital ID," katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan My Digital Mampu Kekang Penipuan Dalam Talian


May be an image of text that says 'MyDigital ID mampu kekang penipuan 'online' Lumpur: MyDigita lamatan percaya teselamatar penipuan nanya TaTpa
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2026 8.35 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.52 PM