Article
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan My Digital Mampu Kekang Penipuan Dalam Talian
Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 - Sistem MyDigital ID berpotensi menjadi mekanisme penting dalam membendung jenayah penipuan menerusi ciri keselamatan tinggi yang su...
Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 - Sistem MyDigital ID berpotensi menjadi mekanisme penting dalam membendung jenayah penipuan menerusi ciri keselamatan tinggi yang sukar dipalsukan serta mampu memperkukuh proses pengesahan identiti pengguna.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sudah mengadakan dua sesi libat urus dengan MyDigital ID dan yakin penggunaan platform itu secara menyeluruh, mampu menghalang kegiatan penipuan daripada berlaku.
"Kita percaya apabila menggunakan MyDigital ID sepenuhnya, ia akan menjadi antara (mekanisme) yang boleh menghalang penipuan dalam talian," katanya pada sidang media selepas Acara Penghargaan Wira Bank #JanganKenaScam 2026 di Taman Tun Dr Ismail di sini, semalam.
Mengulas kebimbangan mengenai kebocoran maklumat pelanggan, Dato’ Rusdi berkata, MyDigital ID dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang diyakini mampu mengurangkan risiko pemalsuan identiti.
"Kalau kita tengok dalam MyDigital ID itu, banyak punya ciri-ciri keselamatan dan kita percaya ciri-ciri keselamatan yang ada ini sukar ditiru, maknanya boleh mencegah daripada penipuan.
"Kita dah ada keterlibatan dan cuma sekarang ini yang diusahakan supaya dalam urusan yang digunakan di mana-mana bank itu menggunakan MyDigital ID," katanya.
