Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Lulusan Universiti Sasaran Sindiket Penipuan Kerja

Diterbitkan: 15 Nov 2024 6.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Melaka, 15 November 2024 - Lulusan universiti di Malaysia kini menjadi sasaran utama sindiket penipuan pekerjaan luar negara yang menawarkan gaji tinggi terutama dari Indochina.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-lulusan-universiti-sasaran-sindiket-penipuan-kerja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:31 MYT
Melaka, 15 November 2024 - Lulusan universiti di Malaysia kini menjadi sasaran utama sindiket penipuan pekerjaan luar negara yang menawarkan gaji tinggi terutama dari Indochina.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, sindiket itu mengambil kesempatan terhadap golongan berkenaan yang sedang mencari pekerjaan.
Katanya, iklan-iklan yang disiarkan dengan tawaran gaji lumayan dalam media sosial menjadi punca terpengaruh, sehingga tidak menyedari terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian atau “scammer”.
Menurutnya, sindiket itu menawarkan gaji antara RM4,000 hingga RM5,000 berbanding bekerja di negara ini dengan upah antara RM1,500 hingga RM2,200.
“Iklan itu tidak menunjukkan mereka terlibat sebagai “scammer” dan judi dalam talian, sebaliknya menggambarkan kerja sebagai pegawai perhubungan awam, pegawai perkhidmatan pelanggan, pegawai teknikal dan lain-lain.
“Justeru nasihat saya kepada golongan anak muda terutama lepasan universiti yang melihat tawaran gaji lumayan pekerjaan di luar negara, sebenarnya mereka harus semak semula,” katanya selepas Seminar Penguatkuasaan ATIPSOM 2024 di Bandar Hilir di sini, semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia. seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 15 Nov 2024 6.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM