Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Kukuhkan Keselamatan Siber

Published: 25 Feb 2025 6.29 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia menyaksikan peningkatan ketara dalam kes penipuan dalam talian mengakibatkan kerugian kewangan yang besar dan menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan digital.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-kukuhkan-keselamatan-siber
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:25 MYT

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia menyaksikan peningkatan ketara dalam kes penipuan dalam talian mengakibatkan kerugian kewangan yang besar dan menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan digital.

Antara Januari hingga Oktober 2024, negara mencatatkan kerugian sebanyak RM1.22 bilion akibat pelbagai skim penipuan, termasuk penipuan telekomunikasi, penipuan e-dagang, pinjaman tidak wujud, penipuan cinta dan pelaburan palsu.

Jika dilihat daripada rekod bermula Januari hingga Jun 2024, pihak berkuasa mencatatkan sebanyak 14,490 kes penipuan dalam talian dengan jumlah kerugian melebihi RM581 juta.

Trend peningkatan ini menunjukkan keperluan mendesak untuk memperkukuhkan langkah keselamatan siber dan meningkatkan kesedaran awam bagi menangani taktik jenayah siber yang semakin canggih.

Berdasarkan satu laporan oleh Celcom Digi mendedahkan bahawa 66 peratus rakyat Malaysia pernah mengalami cubaan penipuan dengan panggilan telefon "voice phishing" menjadi kaedah paling biasa digunakan sindiket penipuan.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 8 people and text

May be an image of 6 people and text


ArticlePublished 25 Feb 2025 6.29 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM