Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Kad Kuasa Negara Luar Modal Baharu Scammer

Diterbitkan: 28 Aug 2026 7.27 AM Dikemas kini: 09 Sep 2026 5.01 PM
Shah Alam, 28 Ogos 2026 - Penggunaan kad kuasa dari negara luar antara taktik terbaharu sindiket penipuan yang berjaya dibongkar pihak polis dalam lima serbuan berasingan di negeri ini baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-kad-kuasa-negara-luar-modal-baharu-scammer
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:31 MYT
 
Shah Alam, 28 Ogos 2026 - Penggunaan kad kuasa dari negara luar antara taktik terbaharu sindiket penipuan yang berjaya dibongkar pihak polis dalam lima serbuan berasingan di negeri ini baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar berkata, operasi pada 18 hingga 20 Ogos lalu itu melibatkan lima pusat panggilan "scam" di Shah Alam, Kajang, Sungai Buloh dan Subang Jaya.

Katanya, sindiket "love scam" dan "phone scam" dikesan menggunakan kad kuasa sebagai taktik baharu menipu mangsa, "Pemeriksaan awal mendapati kad kuasa itu dari salah sebuah negara di Asia Timur, namun semakan silang sedang dijalankan dalam menentukan kesahihannya," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Katanya, polis menahan 40 individu termasuk lima wanita berusia 21 hingga 57 tahun yang bertindak sebagai operator sindiket dalam serbuan itu.

Katanya, lima sindiket itu didapati menjalankan penipuan "love scam", "phone scam" dan langganan video lucah dengan menyewa kondominium, banglo, rumah berkembar dan teres dua tingkat sebagai markas mereka.

"Kesemua sindiket digempur tidak mempunyai kaitan antara satu lain dan mula aktif sejak pertengahan tahun ini," ujarnya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan KOSMO seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 28 Aug 2026 7.27 AMDikemas kini 09 Sep 2026 5.01 PM