
Article
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Jumlah Panggilan Scam Berjaya Dikurang Empat Bulan Pertama 2025
Kuala Lumpur, 4 Jun 2025 - Jumlah panggilan yang ditandakan sebagai penipuan atau ‘scam' berkurangan sebanyak 7.6 peratus dari Januari hingga April 2025 berban...
Kuala Lumpur, 4 Jun 2025 - Jumlah panggilan yang ditandakan sebagai penipuan atau ‘scam' berkurangan sebanyak 7.6 peratus dari Januari hingga April 2025 berbanding tempoh yang sama tahun lalu, berdasarkan data diperoleh daripada Whoscall.
Ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran orang ramai dan usaha pencegahan secara bersama mula membuahkan hasil.
Perkembangan positif ini menjadi dorongan tambahan buat Whoscall dan rakan-rakan kerjasama untuk terus mempergiat usaha serta mengekalkan momentum yang sedia ada.
Whoscall, aplikasi anti-penipuan yang disokong oleh Polis Diraja Malaysia menawarkan penyelesaian anti-scam 360 darjah yang sentiasa berkembang selari dengan kemajuan teknologi bagi mendahului taktik penjenayah siber.
Selain mengenal pasti panggilan tidak dikenali dan menyekat spam, aplikasi ini turut menyedlakan pelbagai alat canggih yang direka khusus untuk menangani ancaman digital hari ini.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.