Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Jenayah Dalam Talian Kini Ancaman Terbesar

Published: 06 May 2026 7.54 AM Updated: 15 Aug 2026 7.55 PM
Kuala Lumpur, 6 Mei 2026 - Jumlah laporan polis berkaitan jenayah komersial bagi suku pertama (Januari hingga Mac) tahun ini mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 12.89 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-jenayah-dalam-talian-kini-ancaman-terbesar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:38 MYT

Kuala Lumpur, 6 Mei 2026 - Jumlah laporan polis berkaitan jenayah komersial bagi suku pertama (Januari hingga Mac) tahun ini mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 12.89 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, jumlah berkenaan meningkat daripada 57,260 laporan pada tahun 2025 kepada 64,643 laporan pada tahun 2026.

"Bagaimanapun, jumlah kerugian yang direkodkan menunjukkan sedikit penyusutan. Kerugian menurun sebanyak RM22 juta (bersamaan 2.8 peratus), daripada RM787 juta pada tahun 2025 kepada RM764 juta bagi tiga bulan pertama tahun 2026.

"Tindakan pendakwaan turut mencatatkan kejayaan apabila jumlah kertas siasatan yang dituduh di mahkamah meningkat kepada 5,140 kes, berbanding 4,525 kes pada tahun sebelumnya," katanya pada sidang media di Menara KPJ, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text


ArticlePublished 06 May 2026 7.54 AMUpdated 15 Aug 2026 7.55 PM