Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Guna Ai Taktik Terbaharu Penipu

Published: 06 Sep 2023 10.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 6 September 2023 - Teknologi kecerdasan buatan (Al) tidak mustahil akan menjadi salah satu alat baru untuk dimanipulasi oleh “scammer” pada masa akan datang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-guna-ai-taktik-terbaharu-penipu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:20 MYT
Kuala Lumpur, 6 September 2023 - Teknologi kecerdasan buatan (Al) tidak mustahil akan menjadi salah satu alat baru untuk dimanipulasi oleh “scammer” pada masa akan datang.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Marzunisham Omar berkata, pihaknya percaya sindiket penipuan dalam talian tidak boleh dipandang rendah dan mereka akan melakukan apa sahaja cara atau modus operandi bagi menipu mangsa.

Beliau berkata, senario yang boleh berlaku dengan kepesatan teknologi Al pada masa kini membolehkan “scammer” meniru suara atau rupa seseorang bagi memperdaya mangsa untuk tujuan penipuan.

“Saya fikir dengan perkembangan Al yang kita lihat sekarang, banyak mantaat positif yang terhasil daripada teknologi baharu ini.

“Malangnya ia juga adalah contoh di mana teknologi boleh disalahgunakan. Kita perlu berhati-hati tentang perkara ini.

“Saya tidak mahu memandang rendah pada “scammer”. Mereka akan guna apa sahaja kaedah atau modus operandi untuk menipu orang dan Al ialah alat baharu yang mungkin digunakan mereka," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
 
ArticlePublished 06 Sep 2023 10.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM