Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Berbilion Panggilan Scammers Disekat

Published: 19 Feb 2023 7.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 19 Februari 2023 - Sebanyak 1.8 bilion panggilan dan 365 juta mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikenal pasti sebagai “scammers” dari luar negara disekat setakat ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-berbilion-panggilan-scammers-disekat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:28 MYT
Petaling Jaya, 19 Februari 2023 - Sebanyak 1.8 bilion panggilan dan 365 juta mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikenal pasti sebagai “scammers” dari luar negara disekat setakat ini.

Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Zulkarnain Mohd Yasin berkata, kesemua jumlah panggilan dan SMS disekat adalah nombor luar negara.

“MCMC menjalankan kaedah pengesanan terhadap kesemua panggilan dan SMS yang dipercayai digunakan sindiket bagi tujuan penipuan.

“la menerusi kerjasama yang dijalankan antara MCMC bersama pelbagai pihak terdiri daripada agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 di Menara Digi Celcom pada Sabtu.

Turut menjadi panel, Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, Bukit Aman, SAC Victor Sanjos dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Siber, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Profesor Dr. Mohamad Fauzan Noordin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
ArticlePublished 19 Feb 2023 7.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM