
Artikel
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Along Menunggu Mangsa Di Aidilfitri
Shah Alam, 9 April 2024 - Golongan memerlukan selain individu yang mahu wang tunai dengan segera untuk digunakan ketika Aidilfitri menjadi sasaran utama sindik...
Taktik iklan dengan pelbagai tawaran tidak masuk akal, antaranya kadar faedah yang rendah serta kelulusan segera mengakibatkan ramai terperangkap dengan sindiket ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, risikan mendapati sindiket mengambil peluang musim perayaan ini dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah.
“Mereka yang berpendapatan rendah serta tidak memiliki kewangan kukuh dikesan antara yang menjadi mangsa.
“Faktor desakan hidup selain keperluan untuk membeli barangan kelengkapan bagi perayaan mengakibatkan mereka gemar mencari jalan mudah dan akhirnya menjadi mangsa," katanya.
Katanya, sindiket dikesan menggunakan taktik licik memperdaya mangsa dengan memberikan pelbagai tawaran menarik.
“Ada sindiket dikesan menawarkan kadar taedah rendah sehingga kosong peratus untuk mengaburi mangsa. Apabila mangsa melakukan pinjaman tanpa disedari kadar taedah mengalami kenaikan dengan mendadak.
“Malah ada mangsa yang kadar faedahnya sahaja sudah melebihi pinjaman, ini secara langsung membebankan mangsa untuk membayar kembali," tegasnya.
Menurutnya, taktik iklan berkaitan penipuan pinjaman ini menggunakan media sosial untuk menarik minat mangsa menyertainya.