
Artikel
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan 63 000 Kes Penipuan Direkod Babit Kerugian Rm1 39 Bilion
Putrajaya, 23 September 2022 - Lebih 63,000 kes membabitkan lima jenis penipuan ‘popular’ di negara ini direkodkan Polis Diraja Malaysia dalam tempoh kurang ti...
Putrajaya, 23 September 2022 - Lebih 63,000 kes membabitkan lima jenis penipuan ‘popular’ di negara ini direkodkan Polis Diraja Malaysia dalam tempoh kurang tiga tahun.
Ia membabitkan kes “Macau Scam”, penipuan e-dagang, pinjaman tidak wujud (PTW), penipuan pelaburan dan “Love Scam” dengan kerugian melebihi RM1.39 bilion.
Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Komputer/Internet/Harta Intelek/Cakera Optik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Superintendan Madhavan Nair Unnikrishnan, berkata sebanyak 63,267 kes penipuan berkenaan direkodkan antara 2020 hingga Ogos lalu.
Katanya, semua kes dalam tempoh berkenaan membabitkan jumlah kerugian melebihi RM1.39 bilion.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.