Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan 535 Wanita Jadi Ejen Ceti Haram Ditahan

Diterbitkan: 24 Jul 2026 4.45 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Petaling Jaya, 24 Julai 2026 - Wanita yang terbabit dalam sindiket pinjaman wang tanpa lesen (along) dikesan memainkan beberapa peranan termasuk 'pegawai perhubungan pelanggan', pelaku ugutan, pemberi pinjam wang serta pemegang atau penjaga premis operasi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-535-wanita-jadi-ejen-ceti-haram-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:52 MYT
Petaling Jaya, 24 Julai 2026 - Wanita yang terbabit dalam sindiket pinjaman wang tanpa lesen (along) dikesan memainkan beberapa peranan termasuk 'pegawai perhubungan pelanggan', pelaku ugutan, pemberi pinjam wang serta pemegang atau penjaga premis operasi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan mendapati penglibatan wanita dalam sindiket itu tidak lagi terhad kepada tugas sebagai 'pegawai perhubungan pelanggan' atau membuat panggilan kepada peminjam semata-mata.

Menurutnya, berdasarkan hasil siasatan dan risikan antara peranan mereka dalam operasi sindiket ialah 'pegawai perhubungan pelanggan', iaitu menghubungi pelanggan, memberi penerangan mengenai pinjaman, mengurus permohonan serta membuat susulan pembayaran.

"Mereka juga dikesan berperanan sebagai pelaku ugutan termasuk terbabit dalam aktiviti simbah cat, menggantung kain rentang, mengedarkan risalah ugutan dan melakukan tindakan intimidasi lain terhadap mangsa yang gagal membuat bayaran.

"Selain itu, wanita turut berperanan sebagai pemberi pinjam wang termasuk mengurus kutipan bayaran dan berurusan secara langsung dengan peminjam dalam kes tertentu.
"Mereka juga dikesan menjadi pemegang atau penjaga premis operasi termasuk teman wanita, rakan serumah atau individu yang berada di lokasi sindiket semasa serbuan dijalankan," katanya kepada Kosmo semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 24 Jul 2026 4.45 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM