
Article
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan 31 Warga Asing Scammer Pelaburan Saham Tak Wujud Diberkas
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
Melaka, 26 Jun 2026 - Taktik berlakon sebagai pelabur yang kononnya meraih keuntungan dalam pelaburan saham tidak wujud semata-mata untuk 'memancing' mangsa terbongkar selepas 31 warga asing ditahan di Klebang pada Isnin lalu.
Kegiatan sindiket yang beroperasi di sebuah rumah sewa di kawasan berkenaan sejak kira-kira dua bulan lalu dikesan hasil risikan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 petang itu, seramai 30 lelaki warga China dan seorang wanita warga Korea berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan.
Ketua Polis Melaka, DCP Dato' Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menyasarkan mangsa di Korea dan China dengan menawarkan pelaburan saham yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.
"Bagi meyakinkan mangsa, sindiket turut mewujudkan kumpulan sembang yang dipenuhi ahli sindiket yang berpura-pura menjadi pelabur berjaya supaya mangsa terus menambah jumlah pelaburan.
"Sebagai contoh, dalam satu kumpulan sembang yang mempunyai 10 ahli, hanya seorang mangsa sebenar manakala sembilan lagi ialah ahli sindiket yang berkongsi kononnya mereka menerima keuntungan lumayan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.