Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KEMPEN ANTI-SCAM PDRM 2022: JELAJAH BERSAMA DATO’ AWIE DITERUSKAN KE NEGERI PANTAI TIMUR

Diterbitkan: 25 Jul 2022 4.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 25 Julai 2022 - Siri jelajah bersama Dato’ Azhar Othman atau Dato' Awie sempena Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) diteruskan ke negeri pantai timur bermula hari ini sehingga 28 Julai 2022.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-kempen-anti-scam-pdrm-2022-jelajah-bersama-dato-awie-diteruskan-ke-pantai-timur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:17 MYT
#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KEMPEN ANTI-SCAM PDRM 2022: JELAJAH BERSAMA DATO’ AWIE DITERUSKAN KE NEGERI PANTAI TIMUR
Laman Utama / Artikel / #BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KEMPEN ANTI-SCAM PDRM 2022: JELAJAH BERSAMA DATO’ AWIE DITERUSKAN KE NEGERI PANTAI TIMUR
Kembali ke Pustaka
Artikel

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KEMPEN ANTI-SCAM PDRM 2022: JELAJAH BERSAMA DATO’ AWIE DITERUSKAN KE NEGERI PANTAI TIMUR

Kuala Lumpur, 25 Julai 2022 - Siri jelajah bersama Dato’ Azhar Othman atau Dato' Awie sempena Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 melalui Jabata...
 
Kuala Lumpur, 25 Julai 2022 - Siri jelajah bersama Dato’ Azhar Othman atau Dato' Awie sempena Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) diteruskan ke negeri pantai timur bermula hari ini sehingga 28 Julai 2022.

Majlis pelepasan konvoi siri jelajah yang memasuki fasa-2 tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din di Route 77 Harley Davidson, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Konvoi melibatkan 35 penunggang motosikal berkuasa tinggi itu akan ke lokasi-lokasi tumpuan orang ramai seperti Mydin Mall Kota Bharu, Kelantan, KTCC Kuala Terengganu, Terengganu dan Kuantan Parade, Pahang.

Turut hadir di majlis pelepasan konvoi tadi, Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram/Siasatan Perakaunan Forensik) JSJK Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammed Hasbullah Ali, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJK Bukit Aman, SAC Willey Anak Richard, Ketua Penolong Pengarah (Jenayah Pengubahan Wang Haram) JSJK Bukit Aman, SAC Fazliysham Abdul Majid, barisan pegawai kanan polis, rakan-rakan strategik dan pengamal media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 11 people, motorcycle and road

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 10 people, motorcycle and road

May be an image of 6 people and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person and text

May be an image of 9 people, people standing, motorcycle and outdoors

May be an image of 4 people and motorcycle

May be an image of 5 people and motorcycle

May be an image of 8 people, motorcycle and outdoors

ArtikelDiterbitkan 25 Jul 2022 4.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM