Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Jelajah Semenanjung Malaysia Jsjk Dato Awie Demi Tingkatkan Kesedaran Masyarakat Tentang Jenayah Penipuan

Published: 19 Jul 2022 5.13 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 19 Julai 2022 – Meneruskan lagi usaha dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang jenayah penipuan atau “scam”, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) secara rasmi menjalinkan kolaborasi bersama selebriti terkenal tanah air, Dato’ Azhar Othman atau Dato’ Awie, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-jelajah-semenanjung-malaysia-jsjk-dato-awie-demi-tingkatkan-kesedaran-masyarakat-tentang-jenayah-penipuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:45 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Jelajah Semenanjung Malaysia Jsjk Dato Awie Demi Tingkatkan Kesedaran Masyarakat Tentang Jenayah Penipuan
Home / Article / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Jelajah Semenanjung Malaysia Jsjk Dato Awie Demi Tingkatkan Kesedaran Masyarakat Tentang Jenayah Penipuan
Back to Library
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Jelajah Semenanjung Malaysia Jsjk Dato Awie Demi Tingkatkan Kesedaran Masyarakat Tentang Jenayah Penipuan

Kuala Lumpur, 19 Julai 2022 – Meneruskan lagi usaha dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang jenayah penipuan atau “scam”, Polis Diraja Malaysia (PDRM...
Kuala Lumpur, 19 Julai 2022 – Meneruskan lagi usaha dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang jenayah penipuan atau “scam”, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) secara rasmi menjalinkan kolaborasi bersama selebriti terkenal tanah air, Dato’ Azhar Othman atau Dato’ Awie, hari ini.

Kolaborasi menerusi Jelajah Semenanjung Malaysia JSJK & Dato’ Awie sempena Kempen Anti-Scam PDRM 2022 itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, DCP Dato’ Dr Mustafa Khan Abdul Samat bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Jelajah Semenanjung Malaysia JSJK & Dato’ Awie yang bermula hari ini hingga 2 Ogos depan melibatkan konvoi secara bermotosikal ke lokasi-lokasi tumpuan orang ramai seperti Aman Central Mall di Kedah, Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang, Mydin Mall Kota Bharu, Kelantan, KTCC Kuala Terengganu, Terengganu dan banyak lagi mengikut fasa-fasa yang ditetapkan.

Program penuh boleh dirujuk melalui pautan di Facebook Rasmi @Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, https://www.facebook.com/media/set?vanity=JSJKPDRM....

Penghargaan turut dizahirkan kepada tajaan, sokongan serta kerjasama oleh pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersatu hati demi memastikan objektif program serta kempen tersebut berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki.

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan informasi mengenai taktik atau modus operandi terkini sindiket penipuan di booth-booth pameran yang disediakan di setiap lokasi jelajah.

Melalui pendekatan tersebut, JSJK berharap agar masyarakat akan lebih bijak dan tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya menerima panggilan telefon, e-mel atau mesej yang meminta mengeluarkan sejumlah wang oleh pihak yang tidak dikenali.

Pelancaran Jelajah Semenanjung Malaysia JSJK & Dato’ Awie tadi turut dihadiri Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram/Siasatan Perakaunan Forensik) JSJK Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammed Hasbullah Ali, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Kamal Faizul Mohd Zain, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Dato’ Sri Ayub Yaakob, penampilan khas oleh selebriti Saiful Apek, barisan pegawai kanan polis, rakan-rakan strategik dan pengamal media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd. Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 6 people, people standing, motorcycle and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people

May be an image of 1 person, standing and text that says 'TODAK MPEN AM DEWAN PE'

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, motorcycle and outdoors

May be an image of 16 people, people standing, motorcycle and outdoors

May be an image of 10 people, people standing, motorcycle and outdoors

May be an image of 6 people, motorcycle and outdoors

May be an image of 7 people, motorcycle and outdoors
ArticlePublished 19 Jul 2022 5.13 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM