
Artikel
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Whoscall Kerjasama Pdrm Tawar 1 Juta Akaun Premium Cegah Scammer
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, melalui Aplikasi “anti-scam”, Whoscall mempunyai integrasi antara sistem...
Kuala Lumpur, 9 Disember 2023 - Whoscall Malaysia menawarkan pemberian 1 juta akaun premium bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa penipuan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, melalui Aplikasi “anti-scam”, Whoscall mempunyai integrasi antara sistem Semak Mule milik JSJK yang setakat ini sebanyak 318,147 nombor telefon “scammer” disenaraikan.
Katanya, sejak kolaborasi itu antara kedua-dua pihak pada awal tahun ini, ia menyaksikan penurunan sebanyak 50 peratus iaitu hanya 34,996 panggilan dijawab berbanding 66,810 panggilan direkodkan.
“Ramai masih terpengaruh apabila jawab telefon dan mudah ditakutkan “scammer”, malah ada pelaburan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit. Penipuan puluhan ribu dianggap biasa sekarang ini,” katanya.
Sumber: Utusan Online