Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Waspada Penipuan Guna Ai

Published: 16 Jul 2024 12.24 PM Updated: 17 Jul 2026 2.25 AM
Kuala Lumpur, 16 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini belum menerima laporan berkaitan kes penipuan yang membabitkan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-artikel-pilihan-waspada-penipuan-guna-ai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:30 MYT
Kuala Lumpur, 16 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini belum menerima laporan berkaitan kes penipuan yang membabitkan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya belum menerima laporan membabitkan taktik seumpama itu, namun orang ramai dinasihatkan untuk tampil sekiranya menjadi mangsa.

"Kita mendapati orang ramai mudah terperdaya taktik 'deepfake' dihasilkan dengan teknologi AI, terutama membabitkan individu berpengaruh seperti ahli politik, ahli perniagaan dan selebriti.

"Taktik ini boleh beransur kepada kegiatan jenayah komersial, sebagai contoh video kononnya individu yang berpengaruh menggalakkan mangsa untuk melabur menerusi skim tidak wujud," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum ini, Dato’ Sri Ramli dilaporkan berkata, perkembangan teknologi AI yang sangat drastik dan ia boleh disalahgunakan.

Kecanggihan teknologi itu boleh disalahgunakan bagi tujuan jenayah, seperti berkaitan mata wang kripto, macau scam, ransomware dan penipuan pelaburan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../waspada-penipuan-guna...

Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 16 Jul 2024 12.24 PMUpdated 17 Jul 2026 2.25 AM