Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Pelajar Belia Dijangka Jadi Sasaran Baharu Scammer Kpn

Diterbitkan: 26 Sep 2022 10.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 26 September 2022 - Golongan pelajar dan belia dijangka menjadi sasaran baharu sindiket penipuan dalam talian atau “scammer”, terutama membabitkan urusan pinjaman wang serta keldai akaun, dengan menggunakan pelbagai modus operandi jenayah siber pada masa depan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-artikel-pilihan-scam-alert-pelajar-belia-dijangka-jadi-sasaran-baharu-scammer-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:35 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Pelajar Belia Dijangka Jadi Sasaran Baharu Scammer Kpn
Laman Utama / Artikel / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Pelajar Belia Dijangka Jadi Sasaran Baharu Scammer Kpn
Kembali ke Pustaka
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Pelajar Belia Dijangka Jadi Sasaran Baharu Scammer Kpn

Kuala Lumpur, 26 September 2022 - Golongan pelajar dan belia dijangka menjadi sasaran baharu sindiket penipuan dalam talian atau “scammer”, terutama membabitka...
Kuala Lumpur, 26 September 2022 - Golongan pelajar dan belia dijangka menjadi sasaran baharu sindiket penipuan dalam talian atau “scammer”, terutama membabitkan urusan pinjaman wang serta keldai akaun, dengan menggunakan pelbagai modus operandi jenayah siber pada masa depan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, kelicikan penjenayah siber mengeksploitasi perubahan teknologi dan kreatif menjerat mangsa, menjadi antara punca peningkatan kes jenayah itu.

Selain itu, beliau berkata, kesedaran masyarakat yang masih pada tahap sederhana mengenai jenayah siber, turut menyumbang kepada gejala berkenaan.

"Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat wujudnya keperluan untuk menyebar luas ilmu pengetahuan kepada masyarakat supaya mereka dapat mengelak daripada menjadi mangsa kegiatan jenayah itu.

"Ini kerana jenayah kewangan boleh membawa impak negatif kepada mangsa dan menyebabkan lambakan kes jenayah membabitkan keldai akaun akibat akaun bank yang disalahgunakan bagi tujuan penipuan.

"Malah, kegiatan jenayah kewangan sebegini turut memberi kesan jangka panjang kepada ekonomi dan keselamatan negara, termasuk menggugat kemajuan ekonomi," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pelajar-belia-dijangka...

Sumber: Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 26 Sep 2022 10.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM