Article
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert 53 783 Panggilan Aduan Ditipu Dalam 16 Bulan
Petaling Jaya, 5 Oktober 2023 - Kira-kira 53,783 panggilan aduan bersifat "scam" direkodkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dalam tempoh 16 bulan sejak Ok...
Petaling Jaya, 5 Oktober 2023 - Kira-kira 53,783 panggilan aduan bersifat "scam" direkodkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dalam tempoh 16 bulan sejak Oktober 2022 hingga bulan lalu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada jumlah panggilan tersebut, sebanyak 20,796 kes penipuan dalam tempoh 24 jam dicatatkan berlaku dengan kerugian kira-kira RM187.46 juta.
"NSRC dilihat berkesan bagi mangsa penipuan membuat aduan secara mudah dengan hanya mendail nombor 997.
"Sebaik sahaja aduan mangsa diterima, NSRC yang turut dibantu institusi kewangan, mampu mengesan jejak kewangan mangsa jika kes berlaku dalam tempoh 24 jam.
"Sekiranya wang mangsa dikesan masih berada di dalam sistem perbankan, tindakan sekatan bagi menghalang wang tersebut ke tangan scammer boleh dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Dalam pada itu, menurut Dato' Sri Ramli, pihaknya mengesan kira-kira 180,000 akaun keldai sejak 2015 hingga September lalu disyaki digunakan scammer untuk menipu mangsa.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya memberi maklumat perbankan kepada orang tidak dikenali.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

