Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammerstogether Posting Pilihan Scam Alert Hindari Pelaburan Berisiko Wang Lebur Dilucut Hak Polis

Published: 03 May 2024 9.05 AM Updated: 15 Aug 2026 8.16 PM
Kuala Lumpur, 3 Mei 2024 - Polis mengingatkan orang ramai tidak terbabit skim pelaburan oleh syarikat yang tidak diiktiraf Bank Negara Malaysia kerana berisiko wang mereka lebur dan terlucut hak selepas selesai proses perundangan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammerstogether-posting-pilihan-scam-alert-hindari-pelaburan-berisiko-wang-lebur-dilucut-hak-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:26 MYT
Kuala Lumpur, 3 Mei 2024 - Polis mengingatkan orang ramai tidak terbabit skim pelaburan oleh syarikat yang tidak diiktiraf Bank Negara Malaysia kerana berisiko wang mereka lebur dan terlucut hak selepas selesai proses perundangan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, situasi itu terbukti sebagaimana laporan media pada 24 April lalu, bahawa Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk melucut hak sejumlah RM1.11 juta daripada 79 pelabur skim pengambilan deposit secara haram.

Menurutnya, panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat turut mengarahkan wang terbabit dilucut hak kepada hasil kerajaan.

"Berdasarkan hujahan, wang yang dirampas daripada sindiket pelaburan adalah hasil aktiviti haram, oleh yang demikian wang didepositkan oleh pihak ketiga turut dicemari, walaupun mereka dakwa menjadi mangsa penipuan.

"Jadi, responden tidak boleh dianggap mempunyai kepentingan undang-undang yang sah terhadap wang berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../hindari-pelaburan-tak-sah...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Berita Harian
 
ArticlePublished 03 May 2024 9.05 AMUpdated 15 Aug 2026 8.16 PM