Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Ramai Ditangkap Menipu Dalam Talian

Diterbitkan: 24 Jun 2022 2.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato’ Ruslan Khalid berkata, sebanyak 66 tangkapan pula melibatkan kes pinjaman tidak wujud, diikuti skim pelaburan (51), penipuan tawaran kerja (35), Macau Scam (24) dan Love Scam (18).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-ramai-ditangkap-menipu-dalam-talian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:12 MYT
Seremban, 24 Jun 2022 - Sebanyak 383 kes tangkapan telah direkodkan di Negeri Sembilan membabitkan jenayah komersil sejak bulan Januari hingga Mei lalu dengan kes penipuan pembelian dalam talian mencatatkan kes tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 189 kes.

Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato’ Ruslan Khalid berkata, sebanyak 66 tangkapan pula melibatkan kes pinjaman tidak wujud, diikuti skim pelaburan (51), penipuan tawaran kerja (35), Macau Scam (24) dan Love Scam (18).

"Modus operandi penjenayah seperti Macau Scam ini, mereka menggunakan nombor tidak dikenali menipu mengatakan mereka daripada pihak berkuasa seperti pegawai polis dan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri.

"Mereka memaklumkan mangsa terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk langgar lari, dadah atau penggubahan wang haram dan melarang mangsa untuk memberitahu sesiapa.

“Mereka yang melakukan Macau Scam ini juga lebih kreatif, oleh itu kami akan mengadakan kempen serta nasihat kerana terdapat mereka yang berjawatan tinggi juga yang tertipu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Negeri Sembilan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
ArtikelDiterbitkan 24 Jun 2022 2.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM